Showing posts with label Eid. Show all posts
Showing posts with label Eid. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

eid mubarak brothers and sistas..

selamat hari raya maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada suma penduduk Islam di muka bumi...semoga hari raya ni Allah beri berkat dan rahmatNya berlimpah2 dan semoga kita menjadi hamba yang bersyukur..amin..

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya



Muka2 yang penat lpas makan



Psembahan oleh Kapitan Band


Open day@Malaysian Hall



Open house@Rosebery


Salam,
Slamat ari raya aidilfitri aku ucapkan kpd suma yg mgenali..Mohon maaf klu bnyak silap dgn korang suma..Mnx maaf jugak kalau post2 aku slama ni bnyk mnyinggung ati korang..X niat pun nk saketkn ati..Klu ada yg trasa im really sory..Harap Aidilfitri kali ni bnyk mgajar aku erti khidupan yg sebenar..Bnyak mematangkan aku dan mentarbiyah diri aku..Dan jugak aku harap Ramadan yg lpas btol2 mengubah diri aku supaya lbey istiqamah dlm melakukan amal ibadat..

Semalam aku pi smayang raya kat uni..Bleh tahan la ramai org..Pastu aku pi Dee Why kat nothern Sydney..situ ada komuniti Islam..depa buat mcam jamuan bsar2-an..yg anjurkan adalah orang Indonesia..kat situ aku mkn bnyk..bleh la..ahaha..then blk umah aku tdo sat..pstu mlm tu aku pi umah Pakcik Zahari and Pn Ana..sblum tu sempat lg singgah umah kawan Iqbal,,just in front of umah Pakcik Zahari..mkn2 masakan bangladesh..not bad..aku makan steak..haha..

Ari ni plak umah aku wat open house...timasih kpd yang datang tadi..n timasih kpd yg tolong2 n bwk mknn dari umah diorg..ramai gak tadi..Haji Ramadan, Haji Malik pun datang bsama ngn famili...Lpas2 mkn, kami pi Mlaysian Hall..ada open day..ramai gila orang..n ada la khemah makanan..aku makan laksa ngn sate je..sbb malas nk bratur..ramai sgt orang..haha..

So, overall,,ari raya taun ni bagi aku not bad..as lively as ever walaupun bukan kat malaysia..tapi bila tgk ramai org mlayu kumpul ramai2,,trubat sket rindu...banyak orang buat kue2 raya..rasa malaysia tu tak hilang..haha..skang ni aku penat..aku nak rehat..Selamat ari raya aku ucapkan..harap2 ari raya ni kita tak lupa kat sdara2 kita yang susah kat Pakistan, Palestine, yang skang ni dilanda ksusahan..mnyambut ari raya bkn mcm kita..so harap kita bsyukur..

Salam.

Tuesday, September 7, 2010

Seminar "The Road of Palestine"

Salam,

Aku lupa plak nak update blog aku sejak dua menjak ni. Ari ahad ari tu aku pi Seminar Palestine kat Masjid Darul Imaan kat tempat aku. Seminar tu stat kul 1030. Pagi tu 1st slot Pojie bagi. Haha. Memang semangat abeh. Dia bagi slot cita pasal sejarah Palestine. Tajuk slot tu "The Land of Struggle". Dia cita la sejarah2 Palestine sejak zaman para anbiya' dulu sampaila zaman selepas kejatuhan khilafah Islamiyah. Memang menarik la. Sapa2 yang taktau pasal Palestine memang otomatik akan tau la. Sebab ada 3 fasa:
1)Palestine time zaman nabi
2)Palestine time lepas nabi and time khilafah Islamiyah
3)Palestine time lepas jatuh khilafah Islamiyah

Lepas tu, slot ke-2 Anas bawak. Anas cita pasal sejarah Palestine gak, tapi more kepada zaman lepas kejatuhan khilafah Islamiyah, dat is time skang ni la. Macam mana Hamas terbentuk, Fatah naek, and some sejarah Zionis and Israel. Menarek gak. Tapi in da middle of the talk, Anas tiba2 buat adegan 'mendebarkan' plak. Haha. Suma panik. Nak tau lagi lanjut, sila tanya Anas. Kih3. And then kami tangguhkan ngan semayang Zohor. Pastu baru Anas sambung balik slot dia. Banyak la benda yang aku taktau b4, aku tau. Banyak dalam otak aku pikir.

Slot ke-3 dibawak oleh Iqbal. Well, this was interesting. Sebab slot tu slot bengkel. So memang kami buat macam2 aktiviti la. Sayangnya aku tak tangkap pic time tu. Adui. Mula2, Iqbal bagi stiap sorang satu ketas A4. Pastu ketas tu kena lipat empat. Then, dia soh koyak salah satu bucu dekat rectangle yang tebentuk tu. After that, bukak balik lipatan tu, tengok apa yg jadi kat ketas tadi. So, masing2 akan ada 4 type of bentuk la. Satu macam ni:
a)

Ok. Sapa yang dapat bentuk camni. Lubang kat tengah2, orang ni jenis yang self-centered. Maksudnya dia pentingkan diri dia je. Orang len dia tak kisah. Haha.

b)

Ni plak orang yang kisah orang dekat2 ngan dia je. Orang jauh dia tak kisah. Kira kalau apa2 jadi kat orang yang dekat ngan dia, contoh family dia ke, kawan dia ke, memang dia concern abeh.

c)

Yang ni bagus, Dia generous. Amek kisah pasal suma orang. Tak kira jauh atau dekat, bukan sedara atau sedara. Suma dia tibai. Haha.

d)

Yang ni plak amek tau pasal orang jauh je. Haha. Orang dekat dia tak kisah. Apa nak jadi jadi la. Yang penting aku sayang orang yang jauh dari aku je.

So, to conclude kat sini. Stiap orang tak perfect la kan. Bukan suma orang leh jadi cam yang generous tadi. Ideologi kat sini, kalau suma ketas2 tu kita combine, kesan koyak2 tadi takdak. Macam tu gak la orang Islam, kalau masing2 pentingkan diri sendiri, nak idop sorang2 je, memang akan banyak kekurangan, lobang2. Tapi kalau bersatu, tolong satu sama laen, kes macam dekat Palestine mungkin takkan jadi. Situ aku dapat pengajaran yang pertama. Hi3.

Ada banyak lagi aktiviti sebenarnya Iqbal buat. Presentation la, ntok realize kepentingan masa, jangan cakap lebih tapi tak buat. Suma tu aku sedar dari situ. Tapi taktau la kan sampai bila je aku mampu maintain sedar aku ni. Harap2 aku maintain la.

Lastly, slot Haji Ramadan. Khas dijemput sebab dia baru je balik dari mission ke Palestine bulan 8 ari tu. Kat sini, dia cita kat kami suma pejalanan dia ke sana, apa yang jadi, dugaan and cabaran. Silap la aku tak record time tu, kalau tak leh aku upload kat sini. Tapi takpela, nanti yang video punya version dah kuar, aku update balik post ni. Memang sedey bila dengar, time nak masok checkpoint from sempadan antara Israel dan Mesir tu, orang muda di'interrogate' la. Kena bogel suma. Tapi orang tua tak kena. Then bila dah masok Palestine, nak tangkap gambar or video memang susah. Nak hulur2 duet bagi kat rakyat sana pun kena 'hit and run' je. Pastu kat sana, penuh ngan askar and guard. Nak buat apa2 pun restricted. Kalau tak senapang kat pala la. Dah macam penjara. Haji Ramadan kata memang sangat kesian. Tapi nak cita kat sini sampai esok tak abeh. Banyak berita2 and artikel2 pasal benda ni, kalau korang concern, korang baca la. Nabi penah bersabda:
"Seseorang itu tidak beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."
Betulkan aku kalau aku silap. SO, kat sini, rakyat Palestine tu sedara seIslam kita. At least kita kena la amek langkah ntok bantu diorang. Paling koman pun, derma la ntok depa. Depa sangat2 perlukan duet and bantuan.

Abeh suma slot2 tu, aku stay iftar and teraweh kat sana. Oh lupa nak introduce Masjid Darul Imaan ni. Masjid ni orang Melayu yang bina, so memang quite meriah la time bukak posa tu. Banyak kue2 and makanan. Raya pun quite meriah kat situ. Taun lepas aku raya kat situ, ramai la orang. Hehe. Tapi taun ni maybe aku semayang raya kat atas field kot. Kawan aku kata sunnah Rasulullah. So why not buat kan? Haha. Saja nak amek feel. Pastu sabtu ni open day kat Malaysian Hall plak. It is a must la ntok pi. Banyak kue Malaysia wa cakap lu. Haha. Ok la. Tak larat dah nak tulis. Chow. Salam.