Thursday, August 26, 2010

Ciri2 isteri yang aku cari..


Salam lagi sekali, ari ni aku nak cita sket kat korang ciri2 calon bini aku nanti. Well kalau dah jodoh aku tak kena dengan ciri2 ni, nak wat camna kan. Redha je la dengan ketentuan Allah sebab tu yang terbaik untuk kita. Hehe.. Untuk ringkaskan cita, ni aku list2 kan apa yang aku harap dari seorang insan bergelar isteri.=p

1. Solehah
Haa.. Yang ni memang toksah nak kata pa la. Suma laki nak isteri solehah kan. Yang dapat didik anak2 nanti, dapat saling tegur menegur kalau aku buat salah. Dapat sama2 tolong aku masuk syurga nanti. Aku taknak la bini yang kosong pasal agama ni, sebab takot nanti masa depan anak2 aku tak kemana. The main factor mestila ibu diorang sebab abah mestila bizi dengan keja lagi. So yang banyak didik anak2 nanti of kos la ibu kan. Tapi kalau tak dapat yang solehah pun, at least dapat yang tau la sket2 pasal agama ni. Insyaallah, aku pun kena la jadi imam muda gak kan. Takleh la nak harap bini je. Hehe.

2. Sedap mata memandang.
Ni pun penting. Nanti aku tak mau la tiap2 ari balik umah lepas keja penat2, tapi bila tengok muka isteri lagi betambah penat. Haha. Bukan aku memilih ka apa, tapi Rasulullah pun pernah bersabda soh pilih isteri yang ada rupa, tapi of kos agama paling penting la. Rupa ni jatuh no 2. Hehe. Takmau la nanti anak2 aku muka suma takbes. Mestila nak kena muka cam Siti Nurhaliza gak sket2..Keh3.

3. Reti masak
Haha. Aku tau skang ni zaman banyak pompuan tak reti masak lagi. Ni bukan dongeng tapi fakta. Kawan2 pompuan aku bila aku tanya reti masak ke tak, depa cakap reti,, masak megi je leh la. Haha. Reject! At least nanti aku nak bini yang reti masak suma makanan2 feveret aku. Kalau tak reti belajar! Tugas utama isteri selain didik anak2, mestila kena pandai masak kan? Takkan nak biar hubby dia asyik makan luar je. Nanti boring la. Mestila nak rasa gak air tangan isteri. =)

4. Tak banyak songeh
Kuang3.. Sapa rasa dia banyak songeh, sila perbaiki. Hehe.

"Jah, tolong urut abang jap leh? Abang penat la baru balik keja."
"Ala bang, nantila. Jah tengah tengok cita hindustan ni. Hero nak mati dah. Sedey ni.. Pastu jah kena pi umah jiran plak. Ada nak jual apa ntah tadi."

Ha! Ni aku cukup malas nak dengar dari sorang bini. Alasan macam2. Tak sedar ke syurga bagi sorang isteri adalah bawah tapak kaki suami. Ni ada plak bleh layan cita hindustan dulu kan. Padahal muka suami dia lagi ensem kot dari hero cita hindustan tu. Kah3. So mintak la sangat2 jangan la banyak alasan. Urut 5 minit je, pastu p la sambung tengok cita hindustan tu. Bukan susah pun. Amboi, hubby dah bawak jalan merata dah, nak baju dia beli, nak barang kemas dia beli, basically apa je bini mintak suma dapat. Takkan nak urut kejap pun takleh kan. Renung2kan lah.. Haha.

5. Manja dan berterus terang
Well, lumrah la bagi sorang laki nak isteri yang manja dan mampu buat sorang suami tu rasa macam dia ketua keluarga yang bertanggungjawab dan menyayangi. Kadang2 kalau isteri ada masalah, dia takmau cita dekat suami. Takmau mengadu dekat suami sebab takut nanti suami malas nak dengar. Aku bukan camtu la. Aku nak sorang isteri yang apa2 masalah, dia mesti akan cita dekat aku dulu. So that aku leh dengar and bagi dia rasa tenang and lega. Aku lebih suka dia merengek2 and manja2 gtau masalah dia, luah perasaan dia kalau apa2 dia tak puas ati. Aku open. Dari situ la aku leh pebaiki diri aku and rumahtangga aku kan. Hehe. Jiwang plak.

6. Tak terlalu sosial
Hah. Ni sangat2 crucial bila aku dah kawen nanti. Before kawen len cita la, Nak kawan ngan banyak laki ke apa ke aku tak bapa nak kisah. Tapi once dah kawen, suma tu otomatik kena stop or kurangkan. Contoh la before kawen dia sorang yang banyak kawan laki and slalu kuar ramai2 ngan laki ke, tu aku bleh la tima lagi. Tapi kalau pas kawen pun duk buat prangai tu, oh no2. Pandai2 la pikir sendiri ea. Haha. Tapi aku takdak la sampai cerai talak 3 terus. Melampau la tu. Aku mestila kena tegur dia leklok. Sebab ati pompuan ni takleh approach cara kasar2, nanti lagi dia jauh. Hehe. So, kena wat cara elok2, explain kat dia kenapa kita tak suka dia sosial sangat, sebab nanti timbul fitnah. Tak manis la. Kalau takat pasal bisnes ke tak pa la. Tapi kalau sampai tahap kuar makan sekali, balik lewat malam sampai abaikan keluarga, that unacceptable la.

Mm.. tu ja la kot. Ada banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak tulis. Agak2 nanti aku rajin aku gtau la. Skang banyak btol asemen. Macam nak mati aku buat. Minggu depan 2 asemen due. Adui. Dugaan2.

p/s: Korang jangan ingat aku gatai sangat plak nak kawen sebab tulis post ni. Ni saja2 je la nak isi boring aku ni. Lagipun ni masa depan aku kan. Hehe

No comments: