Sunday, September 26, 2010

Bz..

Sory sebab aku takdak masa nak update blog aku..maybe sampai ujung bulan 10 blog ni akan tebengkalai..hehe..

Thursday, September 16, 2010

Spesel ntok orang yg nak diet..haha

OK...Post kali ni adalah khas untuk orang yang nak diet atau pun nak makan banyak but in da same time dia nak diet.. Hehe.. Kira ni adalah healthy diet la.. Pemakanan yang sihat.. Sebab aku pun ska makan jajan (makanan rapu)..Sebab tu badan tak nek2..Hampeh tol..Haha.

1. Banyak makan buah
Well, aku baru pas makan buah oren. Hehe. Banyak makan buah. This is very crucial. Sebab buah ni banyak vitamin C. Tambah2 buah oren. Ada orang cakap kalau nak makan buah ni better makan before meal. Tu wallahualam aku taktau reason dia apa. Maybe sebab makan buah dulu ntok cleanse kita punya dalam perot supaya dapat hadam nasik pastu dengan elok. Kalau korang taktau maybe korang leh google or tanya mana2 pakar makanan. Tapi yang penting, buah memang sangat baik la untuk badan. Makan banyak2. Baru sihat. Hehe


2. Makan banyak sayur
Yang ni slalu orang nak avoid. Pehal ntah. Haha. Maybe sayur tu takdak rasa pa. Tu yang depa xmau makan tu. Aku dulu pun camtu gak. Aku nampak sayur je dalam makanan aku, aku tolak tepi. Sampai mak aku sound aku. Haha. Dulu memang aku boleh dikatakan vegetaphobia (yang betol term dia lachnaphobia). Samala cam adik aku. Tapi bila dah besar sket. Baru aku tau kepentingan makan sayur ni. Sayur ni ada benda pa ntah yang sistem penghadaman kita takleh cerna. So, bila perot takleh cerna, otomatik la dia akan kuar sebagai 'tuttt' kan? Haha. Korang suma bijak pandai, belajar sains, mestila tau benda simple camni. SO, bagi orang yang jenis makan banyak tu, but in da same time dia nak kurus, cuba makan nasik tu ngan sayur. Nanti bila nak 'tuttt', makanan2 yang korang makan tadi akan kuar la dengan sayur2 yang takleh dicerna tu. Kih3.


3. Makan ikan, telur, kacang and tofu
Well, ni pun penting sebab depa ni sumber protein. Protein penting untuk pembinaan otot2 badan and tisu. Correct me if I'm wrong Doc! Haha. Jangan riso, benda2 ni tak banyak lemak yang boleh buat korang gemuk. Laen la kalau korang makan benda2 ni non stop, pastu tak 'tuttt' dalam sebulan. Konfem la badan korang jadi cam belon. Haha. Bagi aku, aku memang suka ikan. Aku pun taktau kenapa orang tak suka ikan. Aku hantam je makan suma. Kisah pa. Nanti kuar balik. Haha. Tapi key point dia kat sini, makan la makanan yang sumber protein dia banyak. Jangan makan yang lemak banyak plak. Cinta kolestrol la jawabnya. Hee.


4. Makan roti, cereal, nasik, pasta, atau mee
Ok. As we know, makanan2 ni plak adalah sumber karbohidrat. Karbohidrat tu bagi tenaga kat badan korang. Tapi makan tu kena balance la k. Pagi2 tu kalau boleh makan la 2-3 keping roti. Jangan lupa minum susu. Bagi yang nak diet, amek la low fat milk ataupun skim milk. Leh bagi kalsium untuk gigi ngan tulang korang. Baru la nanti tua2 tak jadi tua kerepot. Haha. Lagi satu, pas makan nasik tu, janganla bantai pi tidoq plak. Tambah2 nampak bantal busuk dia tu, trus pelok and wat taik mata berjam-jam. Haha. Kalau camtu lupakan niat anda untuk diet. Anda bleh apply untuk jadi ahli sumo plak pasni. Sebab makanan yang kita makan tadi adalah sumber karbohidrat. SO, kalau kita tido lepas makan benda tu, tenaga tadi membazir je la. Dia pun mula la jadi lemak2 yang melekat kat badan korang sebab kita tak guna dia. Once again, Doc, please correct me if I wrong! Haha.


5. Makan susu, yoghurt atau keju
Macam aku cakap tadi. Makanan2 ni penting untuk sumber kalsium. As for me, aku suka minum susu full cream. Sebab dia lemak berkrimmmmm~Haha. Ikot la. Aku amek full cream sebab badan aku cekeding. Aku nak berisi sket, sebab tu aku amek yang berlemak. Tapi lemak yang sihat la (Ada sihat ngan tak sihat ke??) Haha. Apa beza lemak ngan kolestrol? Tu aku taktau. Malas nak research. Korang cari sendiri la ea? Yoghurt pun bagus. But aku tak suka sangat sebab dia masam. Ada orang cakap masam tu tak bagus untuk ingatan kita. Wallahualam. Tapi aku memang tak suka masam2 sangat. Tapi tomyam aku suka. Hee.. Cheese~I like cheese. Sebab sangat sedap and menggemukkan. Kah2. Untuk aku ok la. Tapi untuk korang yang nak kurus tu, lupakan la. Nak makan leh, tapi jangan banyak2. Haha.


Ok. Takat tu je aku jadi pakar pemakanan. Satgi terbagi salah info badan korang jadi laen plak. Asal nak kurus tiba2 jadi obes kan. Jangan salahkan aku ye kalau jadi camtu. Hehe. Oh jangan lupa untuk exercise sekali. Jangan tau makan je, tapi tak exercise. Cari penyakit la tu. Exercise tu ada gak cara2 dia. Nanti la aku post laen.

p/s: Walaupun aku pun kadang2 exercise. Haha

Wednesday, September 15, 2010

Camna nak jadi laki?

Ok. Post kali ni aku nak membincangkan sket camna cara2 nak jadi laki sejati ni. Ni pun bukan idea aku totally tapi aku amek sket2 dari sini.

1. Buat keputusan dengan tegas
Ok. Ni penting bagi aku sebab aku selalu hangat2 taik ayam bila buat keputusan. Haha. Laki sejati tegas bila buat keputusan. Once dia decide benda tu, dia takkan patah balik. Dia akan terus dengan keputusan dia. Bila dia dh decide, orang laen takkan mudah pengaruhi keputusan dia kecuali dengan alasan2 atau sebab2 yang kukuh. Laki tak perlukan orang laen untuk approve keputusan yang dia amek. He knows better on what he wants and choose. Kalau macam aku, aku pun tak suka orang laen affect sangat keputusan yang aku nak. Tapi kalau diberi hujah2 yang kukuh and aku tak dapat nak tolak selaen ikot cadangan dia, aku akan ikot.


2. Letak soal cinta no.2
Cinta? Well itu penting bagi most laki skang ni. Apa je dia buat sket2 pikir pasal awek dia. Kadang2 tu sampai jatuh maruah pun tak kisah demi awek dia. Ni yang salah. Selagi mana tak kawen, takyah la duk pikir pasal awek sangat. Pentingkan diri dulu. Pikir masa depan. Apa yang aku kena achieve untuk aku capai target aku. Capai misi aku dalam idop ni. Kita tak perlu sacrifice kan diri kita totally semata2 untuk happy kan cinta kita sedangkan kita tak happy. Mungkin ada segelintir laki yang sayang gila kat awek dia, sanggup buat apa saja untuk girl tu. Tapi kena gak pikir apa yang kita dapat dari suma tu? Hanyalah kasih sayang sebelum kawen? Tak tentu lagi kita kawen ngan girl tu. Kalau tiba2 clash and girl tu minat laki len, kita yang rugi and saket ati. So, bek pentingkan diri sendiri dulu. Tol tak? Hehe.

3. Sanggup terima kegagalan
Hah. Sket2 gagal. Sket2 fail. Tensen la aku camni. Tuhan tak berlaku adil ke kat aku? Well. Ni persoalan yang patot kita avoid. Gagal tu ajar diri kita supaya lebih berusaha untuk improve. Gagal, improve lagi. Gagal, cuba lagi. Sabar tu sebahagian dari iman. Omputih cakap, practice makes perfect. Yang penting kena kuat. Nama pun laki, kena la kuat kan? Malu la kat pompuan kalau asyik duk komplen je. Haha.


4. Yakin
Confident! Laki sejati tak mudah ragu2 dengan apa yang dia buat. Dia bejalan dengan proud. Tak tengok bawah. Buat apa2 suma confident. Takde lembik2. Laki sejati gak yakin yang suma alam ni wujud kerana Penciptanya, Allah. Ni aku takyah hurai panjang2. Korang pun paham.


5. Berani
Laki tak mudah takot dengan rintangan kat depan dia. Dia takkan biar diri dia tenggelam dengan sifat takut terhadap perkara laen selain Allah. Kalau ada hantu, dia takkan lari. Kalau ada maknyah ligan, dia takkan lari. Dia berani face to face. Kalau ada orang cuba argue ngan dia, dia takkan mengalah. Dia akan argue balik walaupun dia salah. Laki berani amek risiko. Dia tak takot jika gagal. Kalau apa yang dia buat dia rasa betol, dia akan pertahankan prinsip dia walaupun terpaksa argue dengan bos sendiri.


Mmm.. Tu je la aku bleh tulis. Rasa malas la plak. Haha. Kalau nak tau lagi camna nak jadi laki ni, tengok dekat link yang aku bagi tu. Banyak lagi sebenarnya. Contohnya, jangan sakiti orang yang lagi lemah dari kita. Jangan amek kesempatan atas kelemahan orang laen. Gentleman. And many more la. Haha.

Ngantuk. Sok ada klas. Aku tido dulu. Chow. Salam.

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya



Muka2 yang penat lpas makan



Psembahan oleh Kapitan Band


Open day@Malaysian Hall



Open house@Rosebery


Salam,
Slamat ari raya aidilfitri aku ucapkan kpd suma yg mgenali..Mohon maaf klu bnyak silap dgn korang suma..Mnx maaf jugak kalau post2 aku slama ni bnyk mnyinggung ati korang..X niat pun nk saketkn ati..Klu ada yg trasa im really sory..Harap Aidilfitri kali ni bnyk mgajar aku erti khidupan yg sebenar..Bnyak mematangkan aku dan mentarbiyah diri aku..Dan jugak aku harap Ramadan yg lpas btol2 mengubah diri aku supaya lbey istiqamah dlm melakukan amal ibadat..

Semalam aku pi smayang raya kat uni..Bleh tahan la ramai org..Pastu aku pi Dee Why kat nothern Sydney..situ ada komuniti Islam..depa buat mcam jamuan bsar2-an..yg anjurkan adalah orang Indonesia..kat situ aku mkn bnyk..bleh la..ahaha..then blk umah aku tdo sat..pstu mlm tu aku pi umah Pakcik Zahari and Pn Ana..sblum tu sempat lg singgah umah kawan Iqbal,,just in front of umah Pakcik Zahari..mkn2 masakan bangladesh..not bad..aku makan steak..haha..

Ari ni plak umah aku wat open house...timasih kpd yang datang tadi..n timasih kpd yg tolong2 n bwk mknn dari umah diorg..ramai gak tadi..Haji Ramadan, Haji Malik pun datang bsama ngn famili...Lpas2 mkn, kami pi Mlaysian Hall..ada open day..ramai gila orang..n ada la khemah makanan..aku makan laksa ngn sate je..sbb malas nk bratur..ramai sgt orang..haha..

So, overall,,ari raya taun ni bagi aku not bad..as lively as ever walaupun bukan kat malaysia..tapi bila tgk ramai org mlayu kumpul ramai2,,trubat sket rindu...banyak orang buat kue2 raya..rasa malaysia tu tak hilang..haha..skang ni aku penat..aku nak rehat..Selamat ari raya aku ucapkan..harap2 ari raya ni kita tak lupa kat sdara2 kita yang susah kat Pakistan, Palestine, yang skang ni dilanda ksusahan..mnyambut ari raya bkn mcm kita..so harap kita bsyukur..

Salam.

Wednesday, September 8, 2010

When we were still a KID

This animation was made by Adcom and the idea by Florence Ki of Junior Chamber International Petaling Jaya. Enjoy it!



THINK when you were still a KID,
THINK when you were a KID, everything is POSSIBLE,

You put the BLANKET over your back,
then you became a SUPERMAN.

You take you mom's BROOM and ride on it,
then you became a WITCH.

You climb up the TREE, not knowing that you might fell,
you simply MADE IT.

You just had and IDEA and made it happened, because YOU BELIEVE.

You were then, CREATIVE with strong BELIEF.

As you become ADULT, things seems to be a little different.

When you failed in your EXAM,
you think "I can NEVER MAKE IT."

When you have a BRILLIANT marriage proposal,
then you think "maybe it's NOT the right time"

When you want to start a BUSINESS,
you think "maybe it's NOT as easy"

When you are ALREADY in the BUSINESS,
you heard someone says do NOT take risk.

Then, when you have a BRILLIANT IDEA that,
can create more JOBS for poorer nations,
can provide a better LIVING for more people,
can make our nation PROUD,
can help the GROWTH of our nation,
and can create a better WORLD,
and you said "I am NOT SURE..."

You are still CREATIVE but with more DOUBT

Then YEARS LATER, you heard... someone had the same idea as yours,
What makes him DIFFERENT from you?

His ACTION.
He puts his IDEA into reality.

He's the Most Promising Creative Young Entrepreneur of the Year.
His ACTION won him this recognition.

Then you started to think,
how I WISHED I had taken ACTION that years ago.

Think when you were a KID.
If that idea came by when you were still a KID,
could you have taken ACTION???

When back then,
you strongly BELIEVE...

It is never too late.....,
You just need to have an IDEA and make it happen.

You still CAN...., if you BELIEVE.

Creativity starts from a BELIEF.


p/s: Many of us now are creative, but we fear to make our creativity become reality, we fear of what others might say, we afraid of being condemned, of being criticized. Let us all think when were still a kid back then, and try to become creative with strong belief. Insyaallah, we will succeed.

Tuesday, September 7, 2010

Seminar "The Road of Palestine"

Salam,

Aku lupa plak nak update blog aku sejak dua menjak ni. Ari ahad ari tu aku pi Seminar Palestine kat Masjid Darul Imaan kat tempat aku. Seminar tu stat kul 1030. Pagi tu 1st slot Pojie bagi. Haha. Memang semangat abeh. Dia bagi slot cita pasal sejarah Palestine. Tajuk slot tu "The Land of Struggle". Dia cita la sejarah2 Palestine sejak zaman para anbiya' dulu sampaila zaman selepas kejatuhan khilafah Islamiyah. Memang menarik la. Sapa2 yang taktau pasal Palestine memang otomatik akan tau la. Sebab ada 3 fasa:
1)Palestine time zaman nabi
2)Palestine time lepas nabi and time khilafah Islamiyah
3)Palestine time lepas jatuh khilafah Islamiyah

Lepas tu, slot ke-2 Anas bawak. Anas cita pasal sejarah Palestine gak, tapi more kepada zaman lepas kejatuhan khilafah Islamiyah, dat is time skang ni la. Macam mana Hamas terbentuk, Fatah naek, and some sejarah Zionis and Israel. Menarek gak. Tapi in da middle of the talk, Anas tiba2 buat adegan 'mendebarkan' plak. Haha. Suma panik. Nak tau lagi lanjut, sila tanya Anas. Kih3. And then kami tangguhkan ngan semayang Zohor. Pastu baru Anas sambung balik slot dia. Banyak la benda yang aku taktau b4, aku tau. Banyak dalam otak aku pikir.

Slot ke-3 dibawak oleh Iqbal. Well, this was interesting. Sebab slot tu slot bengkel. So memang kami buat macam2 aktiviti la. Sayangnya aku tak tangkap pic time tu. Adui. Mula2, Iqbal bagi stiap sorang satu ketas A4. Pastu ketas tu kena lipat empat. Then, dia soh koyak salah satu bucu dekat rectangle yang tebentuk tu. After that, bukak balik lipatan tu, tengok apa yg jadi kat ketas tadi. So, masing2 akan ada 4 type of bentuk la. Satu macam ni:
a)

Ok. Sapa yang dapat bentuk camni. Lubang kat tengah2, orang ni jenis yang self-centered. Maksudnya dia pentingkan diri dia je. Orang len dia tak kisah. Haha.

b)

Ni plak orang yang kisah orang dekat2 ngan dia je. Orang jauh dia tak kisah. Kira kalau apa2 jadi kat orang yang dekat ngan dia, contoh family dia ke, kawan dia ke, memang dia concern abeh.

c)

Yang ni bagus, Dia generous. Amek kisah pasal suma orang. Tak kira jauh atau dekat, bukan sedara atau sedara. Suma dia tibai. Haha.

d)

Yang ni plak amek tau pasal orang jauh je. Haha. Orang dekat dia tak kisah. Apa nak jadi jadi la. Yang penting aku sayang orang yang jauh dari aku je.

So, to conclude kat sini. Stiap orang tak perfect la kan. Bukan suma orang leh jadi cam yang generous tadi. Ideologi kat sini, kalau suma ketas2 tu kita combine, kesan koyak2 tadi takdak. Macam tu gak la orang Islam, kalau masing2 pentingkan diri sendiri, nak idop sorang2 je, memang akan banyak kekurangan, lobang2. Tapi kalau bersatu, tolong satu sama laen, kes macam dekat Palestine mungkin takkan jadi. Situ aku dapat pengajaran yang pertama. Hi3.

Ada banyak lagi aktiviti sebenarnya Iqbal buat. Presentation la, ntok realize kepentingan masa, jangan cakap lebih tapi tak buat. Suma tu aku sedar dari situ. Tapi taktau la kan sampai bila je aku mampu maintain sedar aku ni. Harap2 aku maintain la.

Lastly, slot Haji Ramadan. Khas dijemput sebab dia baru je balik dari mission ke Palestine bulan 8 ari tu. Kat sini, dia cita kat kami suma pejalanan dia ke sana, apa yang jadi, dugaan and cabaran. Silap la aku tak record time tu, kalau tak leh aku upload kat sini. Tapi takpela, nanti yang video punya version dah kuar, aku update balik post ni. Memang sedey bila dengar, time nak masok checkpoint from sempadan antara Israel dan Mesir tu, orang muda di'interrogate' la. Kena bogel suma. Tapi orang tua tak kena. Then bila dah masok Palestine, nak tangkap gambar or video memang susah. Nak hulur2 duet bagi kat rakyat sana pun kena 'hit and run' je. Pastu kat sana, penuh ngan askar and guard. Nak buat apa2 pun restricted. Kalau tak senapang kat pala la. Dah macam penjara. Haji Ramadan kata memang sangat kesian. Tapi nak cita kat sini sampai esok tak abeh. Banyak berita2 and artikel2 pasal benda ni, kalau korang concern, korang baca la. Nabi penah bersabda:
"Seseorang itu tidak beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."
Betulkan aku kalau aku silap. SO, kat sini, rakyat Palestine tu sedara seIslam kita. At least kita kena la amek langkah ntok bantu diorang. Paling koman pun, derma la ntok depa. Depa sangat2 perlukan duet and bantuan.

Abeh suma slot2 tu, aku stay iftar and teraweh kat sana. Oh lupa nak introduce Masjid Darul Imaan ni. Masjid ni orang Melayu yang bina, so memang quite meriah la time bukak posa tu. Banyak kue2 and makanan. Raya pun quite meriah kat situ. Taun lepas aku raya kat situ, ramai la orang. Hehe. Tapi taun ni maybe aku semayang raya kat atas field kot. Kawan aku kata sunnah Rasulullah. So why not buat kan? Haha. Saja nak amek feel. Pastu sabtu ni open day kat Malaysian Hall plak. It is a must la ntok pi. Banyak kue Malaysia wa cakap lu. Haha. Ok la. Tak larat dah nak tulis. Chow. Salam.

Wednesday, September 1, 2010

Tanggal 31 ogos..

Jom amek feel sket..

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Yuhuuuuuu...Merdeka! Merdeka! Merdeka!..Hee.. Selamat Hari Merdeka ke-53 Malaysia! Waa..dah 53 tahun negara kita merdeka. Tapi kita merdeka lagi tak? Bagi aku, tak lagi la. Sebab aku still dijajah oleh macam2 budaya Barat. Diorang jajah dari macam2 segi. Media la, fesyen la, budaya idop and macam2 lagi la. Bila kita nak totally merdeka ni? Takkan nak ikot orang laen je dak?

Semalam kawan aku habaq kat aku. Ada sorang kawan dia cakap kat dia "Happy besday Malaysia!". Betol ke Malaysia besday 31 Ogos 1957? Haha. Sapa tak blajaq sjarah aku malas nak xplen. Well, kalau kita tengok balik la kan sejarah time form 4 form 5 dulu, sebenarnya Malaysia ni tebentuk time taun 1963 yang mana include sekali Singapura. Tapi 2 taun pastu, Singapura said, "Babai Malaysia!"..So kat sini, officialy Malaysia yang tebentuk skang ni was in 1965 la. Hehe. "Tu la sket sbanyak pasai Malaysia ye murid2. Kamu leh sambung tidur." Cis, teringat aku dulu time klas sjarah. Suma pakat nak memonteng je keja. Ye la mau tak lari, cikgu garang. Haha. Aku pun lebih kurang je walaupun saja hipokrit stay dalam kelas konon nak tunjuk baek depan cikgu. Haha. Tapi tu la, bila pikir2 balik, sebenarnya sejarah banyak ajar kita benda yang kita patut hargai sampai skang. Cuba korang pikir, kalau kita tak merdeka sampai skang, agak2 jadi camna negara kita ni? Maybe kalau bukan nama Malaysia, jadi nama Madagascar je. Who knows? Haha. Besa la. Sapa minat sejarah, boring kot. Tapi kita kena la amek iktibar dari peristiwa lalu, supaya tak di ulang.

Aku pelik la. Kat Malaysia, ramai la orang muda skang sambut merdeka ngan pegi parti, lepak2, and ramai gak yang memadu asmara. Memang merdeka abeh ah! Time sambut merdeka pegi kumpul ramai2 kat stadium merdeka, tunggu sampai kul 12 malam, then "Hoorayyy!". Time bulan laen ok la sket kot buat camtu, tapi time bulan posa ni, Adeh...Semalam baru je masok 21 Ramadan. 10 malam last tu! Kan bagus kalau ramai antara kita yang buat qiamullail time tu. Or kalau tak mampu, baca Quran la. Dari pegi buang masa kat stadium tu. Kerajaan Malaysia kerajaan Islam, patut time2 ni depa galakkan la orang buat banyak amal ibadat. Buat kempen "Rebutlah Lailatul Qadr" ke kan bagus? Tapi sapa la aku nak kondem kan? Aku cuma di bawah, bukan di atas. Tengok je la. Hehe.

Mm..Meh aku nak letak lirik lagu Samseng by Ahli Fiqir sket. Aku amek satu part ni je yang sesuai ngan masyarakat kita skang ni. Hehe.

Bukan aku hendak mengata
tapi sudah nyata
semakin bermaharajalela
semakin berleluasa
satu demi satu
bangsa ku menjadi layu
gugur di medang perang
ciptaan saudara saudara ku
bagaimana hendakku jelaskan
pada generasi baru
dunia maju tapi bukan kita nombor satu
dunia serba canggih tapi kita masih menagih
dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun
salah siapa
lain makan nangka
lain kena getah
lain cari cerita
lain jadi mangsa
kerana nila setitik
rosak semua susu sebelanga

Tu la. Aku bukan nak mengata, tapi dah memang nyata. Masyarakat kita dah semakin layu, bila kita nak maju? Rindu la zaman Islam gemilang dulu. Sapa tak rindu? Time tu suma orang pandang tinggi Islam. Tapi skang, orang Islam dihina, dipijak. Tengok la brapa banyak negara Islam ditindas, dijajah? Selamat tak sampai turn Malaysia lagi. Takkan nak tunggu sampai kena kat batang idung sendiri baru nak sedar? Aku bila study kat Australia ni, macam2 dah benda yang aku nampak orang Islam ni ditindas. Nak semayang susah, nak keja pun susah, nak cari makanan halal leh tahan la senang. Tapi bukan tu la aku nak gitau, tapi aku nak gitau yang sampai bila kita nak duk diam je? Masyarakat Islam skang ni, bukan je di Malaysia, tapi bleh dikatakan satu dunia ni, masih duk dalam keadaan passive. Macam dulu kalau blajar kimia, Islam now is like a carbon. Tak reaktif. Kena apa2 pun buat dekk je. "Relek la. Bukan aku yang kena. Orang len yang kena, Kalau aku kena, baru aku lawan balik la. Skang ni tengok je la, agak2 simpati, nanges sudah." Sampai bila nak nanges? Sampai bedarah? Hoho. Udah2 la. Skang ni bukan zaman filem Hindustan dah nak nanges2. Tu orang2 Islam dekat Palestin tengah panggil kita. Bukan soh antaq makanan ke apa, tapi soh antaq askar! Askar Islam yang nak tolong saudara Islam kita sendiri. Kat Malaysia bapa banyak askar2 kita yang gagah perkasa tapi duk dalam status "Idle"? Not efficiently used. So skang ni la kita patut guna depa. Kalau tak antaq pi perang bek takyah masok askar ye dak? Bek apply jadi pak guard je. Ai.. macam2 aku kondem ari ni. Besa la mood tengah tak baek sebab asemen tak siap lagi. Tapi apa yang aku habaq suma btol2. Bodo la orang yang cuba nak deny lagi fakta ni. Pikir2 la. Aku nak sambung buat asemen. Chow2. Salam.