Wednesday, September 15, 2010

Camna nak jadi laki?

Ok. Post kali ni aku nak membincangkan sket camna cara2 nak jadi laki sejati ni. Ni pun bukan idea aku totally tapi aku amek sket2 dari sini.

1. Buat keputusan dengan tegas
Ok. Ni penting bagi aku sebab aku selalu hangat2 taik ayam bila buat keputusan. Haha. Laki sejati tegas bila buat keputusan. Once dia decide benda tu, dia takkan patah balik. Dia akan terus dengan keputusan dia. Bila dia dh decide, orang laen takkan mudah pengaruhi keputusan dia kecuali dengan alasan2 atau sebab2 yang kukuh. Laki tak perlukan orang laen untuk approve keputusan yang dia amek. He knows better on what he wants and choose. Kalau macam aku, aku pun tak suka orang laen affect sangat keputusan yang aku nak. Tapi kalau diberi hujah2 yang kukuh and aku tak dapat nak tolak selaen ikot cadangan dia, aku akan ikot.


2. Letak soal cinta no.2
Cinta? Well itu penting bagi most laki skang ni. Apa je dia buat sket2 pikir pasal awek dia. Kadang2 tu sampai jatuh maruah pun tak kisah demi awek dia. Ni yang salah. Selagi mana tak kawen, takyah la duk pikir pasal awek sangat. Pentingkan diri dulu. Pikir masa depan. Apa yang aku kena achieve untuk aku capai target aku. Capai misi aku dalam idop ni. Kita tak perlu sacrifice kan diri kita totally semata2 untuk happy kan cinta kita sedangkan kita tak happy. Mungkin ada segelintir laki yang sayang gila kat awek dia, sanggup buat apa saja untuk girl tu. Tapi kena gak pikir apa yang kita dapat dari suma tu? Hanyalah kasih sayang sebelum kawen? Tak tentu lagi kita kawen ngan girl tu. Kalau tiba2 clash and girl tu minat laki len, kita yang rugi and saket ati. So, bek pentingkan diri sendiri dulu. Tol tak? Hehe.

3. Sanggup terima kegagalan
Hah. Sket2 gagal. Sket2 fail. Tensen la aku camni. Tuhan tak berlaku adil ke kat aku? Well. Ni persoalan yang patot kita avoid. Gagal tu ajar diri kita supaya lebih berusaha untuk improve. Gagal, improve lagi. Gagal, cuba lagi. Sabar tu sebahagian dari iman. Omputih cakap, practice makes perfect. Yang penting kena kuat. Nama pun laki, kena la kuat kan? Malu la kat pompuan kalau asyik duk komplen je. Haha.


4. Yakin
Confident! Laki sejati tak mudah ragu2 dengan apa yang dia buat. Dia bejalan dengan proud. Tak tengok bawah. Buat apa2 suma confident. Takde lembik2. Laki sejati gak yakin yang suma alam ni wujud kerana Penciptanya, Allah. Ni aku takyah hurai panjang2. Korang pun paham.


5. Berani
Laki tak mudah takot dengan rintangan kat depan dia. Dia takkan biar diri dia tenggelam dengan sifat takut terhadap perkara laen selain Allah. Kalau ada hantu, dia takkan lari. Kalau ada maknyah ligan, dia takkan lari. Dia berani face to face. Kalau ada orang cuba argue ngan dia, dia takkan mengalah. Dia akan argue balik walaupun dia salah. Laki berani amek risiko. Dia tak takot jika gagal. Kalau apa yang dia buat dia rasa betol, dia akan pertahankan prinsip dia walaupun terpaksa argue dengan bos sendiri.


Mmm.. Tu je la aku bleh tulis. Rasa malas la plak. Haha. Kalau nak tau lagi camna nak jadi laki ni, tengok dekat link yang aku bagi tu. Banyak lagi sebenarnya. Contohnya, jangan sakiti orang yang lagi lemah dari kita. Jangan amek kesempatan atas kelemahan orang laen. Gentleman. And many more la. Haha.

Ngantuk. Sok ada klas. Aku tido dulu. Chow. Salam.

No comments: