Tuesday, September 7, 2010

Seminar "The Road of Palestine"

Salam,

Aku lupa plak nak update blog aku sejak dua menjak ni. Ari ahad ari tu aku pi Seminar Palestine kat Masjid Darul Imaan kat tempat aku. Seminar tu stat kul 1030. Pagi tu 1st slot Pojie bagi. Haha. Memang semangat abeh. Dia bagi slot cita pasal sejarah Palestine. Tajuk slot tu "The Land of Struggle". Dia cita la sejarah2 Palestine sejak zaman para anbiya' dulu sampaila zaman selepas kejatuhan khilafah Islamiyah. Memang menarik la. Sapa2 yang taktau pasal Palestine memang otomatik akan tau la. Sebab ada 3 fasa:
1)Palestine time zaman nabi
2)Palestine time lepas nabi and time khilafah Islamiyah
3)Palestine time lepas jatuh khilafah Islamiyah

Lepas tu, slot ke-2 Anas bawak. Anas cita pasal sejarah Palestine gak, tapi more kepada zaman lepas kejatuhan khilafah Islamiyah, dat is time skang ni la. Macam mana Hamas terbentuk, Fatah naek, and some sejarah Zionis and Israel. Menarek gak. Tapi in da middle of the talk, Anas tiba2 buat adegan 'mendebarkan' plak. Haha. Suma panik. Nak tau lagi lanjut, sila tanya Anas. Kih3. And then kami tangguhkan ngan semayang Zohor. Pastu baru Anas sambung balik slot dia. Banyak la benda yang aku taktau b4, aku tau. Banyak dalam otak aku pikir.

Slot ke-3 dibawak oleh Iqbal. Well, this was interesting. Sebab slot tu slot bengkel. So memang kami buat macam2 aktiviti la. Sayangnya aku tak tangkap pic time tu. Adui. Mula2, Iqbal bagi stiap sorang satu ketas A4. Pastu ketas tu kena lipat empat. Then, dia soh koyak salah satu bucu dekat rectangle yang tebentuk tu. After that, bukak balik lipatan tu, tengok apa yg jadi kat ketas tadi. So, masing2 akan ada 4 type of bentuk la. Satu macam ni:
a)

Ok. Sapa yang dapat bentuk camni. Lubang kat tengah2, orang ni jenis yang self-centered. Maksudnya dia pentingkan diri dia je. Orang len dia tak kisah. Haha.

b)

Ni plak orang yang kisah orang dekat2 ngan dia je. Orang jauh dia tak kisah. Kira kalau apa2 jadi kat orang yang dekat ngan dia, contoh family dia ke, kawan dia ke, memang dia concern abeh.

c)

Yang ni bagus, Dia generous. Amek kisah pasal suma orang. Tak kira jauh atau dekat, bukan sedara atau sedara. Suma dia tibai. Haha.

d)

Yang ni plak amek tau pasal orang jauh je. Haha. Orang dekat dia tak kisah. Apa nak jadi jadi la. Yang penting aku sayang orang yang jauh dari aku je.

So, to conclude kat sini. Stiap orang tak perfect la kan. Bukan suma orang leh jadi cam yang generous tadi. Ideologi kat sini, kalau suma ketas2 tu kita combine, kesan koyak2 tadi takdak. Macam tu gak la orang Islam, kalau masing2 pentingkan diri sendiri, nak idop sorang2 je, memang akan banyak kekurangan, lobang2. Tapi kalau bersatu, tolong satu sama laen, kes macam dekat Palestine mungkin takkan jadi. Situ aku dapat pengajaran yang pertama. Hi3.

Ada banyak lagi aktiviti sebenarnya Iqbal buat. Presentation la, ntok realize kepentingan masa, jangan cakap lebih tapi tak buat. Suma tu aku sedar dari situ. Tapi taktau la kan sampai bila je aku mampu maintain sedar aku ni. Harap2 aku maintain la.

Lastly, slot Haji Ramadan. Khas dijemput sebab dia baru je balik dari mission ke Palestine bulan 8 ari tu. Kat sini, dia cita kat kami suma pejalanan dia ke sana, apa yang jadi, dugaan and cabaran. Silap la aku tak record time tu, kalau tak leh aku upload kat sini. Tapi takpela, nanti yang video punya version dah kuar, aku update balik post ni. Memang sedey bila dengar, time nak masok checkpoint from sempadan antara Israel dan Mesir tu, orang muda di'interrogate' la. Kena bogel suma. Tapi orang tua tak kena. Then bila dah masok Palestine, nak tangkap gambar or video memang susah. Nak hulur2 duet bagi kat rakyat sana pun kena 'hit and run' je. Pastu kat sana, penuh ngan askar and guard. Nak buat apa2 pun restricted. Kalau tak senapang kat pala la. Dah macam penjara. Haji Ramadan kata memang sangat kesian. Tapi nak cita kat sini sampai esok tak abeh. Banyak berita2 and artikel2 pasal benda ni, kalau korang concern, korang baca la. Nabi penah bersabda:
"Seseorang itu tidak beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."
Betulkan aku kalau aku silap. SO, kat sini, rakyat Palestine tu sedara seIslam kita. At least kita kena la amek langkah ntok bantu diorang. Paling koman pun, derma la ntok depa. Depa sangat2 perlukan duet and bantuan.

Abeh suma slot2 tu, aku stay iftar and teraweh kat sana. Oh lupa nak introduce Masjid Darul Imaan ni. Masjid ni orang Melayu yang bina, so memang quite meriah la time bukak posa tu. Banyak kue2 and makanan. Raya pun quite meriah kat situ. Taun lepas aku raya kat situ, ramai la orang. Hehe. Tapi taun ni maybe aku semayang raya kat atas field kot. Kawan aku kata sunnah Rasulullah. So why not buat kan? Haha. Saja nak amek feel. Pastu sabtu ni open day kat Malaysian Hall plak. It is a must la ntok pi. Banyak kue Malaysia wa cakap lu. Haha. Ok la. Tak larat dah nak tulis. Chow. Salam.

3 comments:

Zaim Salimun said...

aku x mampu buat apa-apa untuk palestine. huhu

Amri said...

ala..ko kan kaya..derma la 1 us dolar pn jadi la..hehe

Anonymous said...

Mabruki Ya Akhi!

@Zaim: Saya x setuju dengan statement Zaim. Banyak perkara yang kita mampu buat untuk mereka, lagi-lagi untuk diri kita sendiri. Sebabnya, bila kita ambil tindakan untuk meringankan beban mereka, secara langsung kita sebenarnya melatih diri kita untuk lebih peka dengan keadaan ummat.

Sebagai contoh paling chokkia, kita boleh ambil tahu tentang isu semasa palestin, sebar-sebarkan dalam fb (tau la sekarang orang dok pulun layan fb) dan ini akan menyebabkan lebih ramai alert. Banyak lagi, nak tahu apa tanya diri sendiri.

Banyak kala kita rasa tak mampu, sebab kita telah dididik secara tidak langsung untuk menjadi orang yang x berani. Kita kena keluar daripada kepompong penjajahan minda ni Zaim.

My 2 cents, hope it helps. ;)